Isnin, 15 Jun 2009

Bagaimana Menternak Belut

Dalam Merancang penternakan belut, banyak faktor yang perlu diambil kira. Antaranya struktur tanah, sumber air, suhu udara dan juga kesesuaian kawasan.
Struktur Tanah
Untuk memulakan ternakan ini kita harus mengetahui bahan-bahan yang diperlukan dalam media penternakan untuk menggantikan habitat asal belut. Kawasan yang ingin dibangunkan projek ternakan ini perlulah mempunyai tanah yang sesuai yang boleh digunakan untuk kolam belut. Jika tanah yang tidak sesuai, penternak akan mengalami masalah kos yang tinggi untuk mendapatkan tanah di kawasan lain. Kecondongan tanah juga penting di mana ia bertujuan untuk melihat kepadatan tanah, khususnya untuk penggunaan kolam simen dan kolam kanvas. Jika tanah tidak padat, tanah akan mudah bergerak dan mengakibatkan erosi atau hakisan. Kecondongan maksimum kolam yang disyorkan adalah 45 darjah. Ketinggian dari aras laut juga penting dan perlu diperhatikan kerana pengaruh oleh kelembapan dan panas di kawasan itu.
Sumber Air
Kualiti air untuk ternakan mestilah bersih dan bebas daripada klorin atau apa-apa pencemaran iaitu tidak terlalu keruh dan tidak tercemar daripada bahan-bahan kimia yang beracun seperti kotoran kilang dan kotoran minyak. pH yang ideal untuk ternakan belut ini ialah 5-7.
Suhu Udara
Suhu yang optimal untuk pertumbuhan belut ialah di antara 16-21 darjah celcius. Suhu ini juga sesuai untuk pembiakan belut. Walaubagaimanapun, untuk proses fermentasi media kolam belut memerlukan suhu di antara 25-31 darjah celcius supaya proses pereputan media berlaku dengan cepat.
Kesesuaian Kawasan
Untuk memulakan projek ini, kita juga perlu menentukan sesuatu kawasan itu sesuai atau tidak untuk menjalankan penternakan. Kesesuaian ini diukur dengan kawasaan tersebut mestilah jauh daripada ancaman pemangsa dan kolam perlulah di pagar serta dipasang jaring pelindung. Kawasan ternakan juga haruslah jauh daripada kebisingan, pencemaran air dan pencemaran udara oleh kilang.

3 ulasan:

  1. salam..awk nak kongsi cara ternak belut,contact kak shirah, www.belutkita.com - dari hairi,www.tuitionkita.com

    BalasPadam
  2. salam
    saya nk bertanya dengan saudara,,mcm mana saya nak dapatkan anak belut yer?mohon penerangan dari saudara..time ksih

    BalasPadam
  3. dimanakah saya dapat memperolehi benih-benih beluk buat masa terdekat?? emie..

    BalasPadam