Isnin, 15 Jun 2009

Bagaimana Menternak Belut

Dalam Merancang penternakan belut, banyak faktor yang perlu diambil kira. Antaranya struktur tanah, sumber air, suhu udara dan juga kesesuaian kawasan.
Struktur Tanah
Untuk memulakan ternakan ini kita harus mengetahui bahan-bahan yang diperlukan dalam media penternakan untuk menggantikan habitat asal belut. Kawasan yang ingin dibangunkan projek ternakan ini perlulah mempunyai tanah yang sesuai yang boleh digunakan untuk kolam belut. Jika tanah yang tidak sesuai, penternak akan mengalami masalah kos yang tinggi untuk mendapatkan tanah di kawasan lain. Kecondongan tanah juga penting di mana ia bertujuan untuk melihat kepadatan tanah, khususnya untuk penggunaan kolam simen dan kolam kanvas. Jika tanah tidak padat, tanah akan mudah bergerak dan mengakibatkan erosi atau hakisan. Kecondongan maksimum kolam yang disyorkan adalah 45 darjah. Ketinggian dari aras laut juga penting dan perlu diperhatikan kerana pengaruh oleh kelembapan dan panas di kawasan itu.
Sumber Air
Kualiti air untuk ternakan mestilah bersih dan bebas daripada klorin atau apa-apa pencemaran iaitu tidak terlalu keruh dan tidak tercemar daripada bahan-bahan kimia yang beracun seperti kotoran kilang dan kotoran minyak. pH yang ideal untuk ternakan belut ini ialah 5-7.
Suhu Udara
Suhu yang optimal untuk pertumbuhan belut ialah di antara 16-21 darjah celcius. Suhu ini juga sesuai untuk pembiakan belut. Walaubagaimanapun, untuk proses fermentasi media kolam belut memerlukan suhu di antara 25-31 darjah celcius supaya proses pereputan media berlaku dengan cepat.
Kesesuaian Kawasan
Untuk memulakan projek ini, kita juga perlu menentukan sesuatu kawasan itu sesuai atau tidak untuk menjalankan penternakan. Kesesuaian ini diukur dengan kawasaan tersebut mestilah jauh daripada ancaman pemangsa dan kolam perlulah di pagar serta dipasang jaring pelindung. Kawasan ternakan juga haruslah jauh daripada kebisingan, pencemaran air dan pencemaran udara oleh kilang.

Info Belut

1. Pengenalan Biologi
Merupakan spesis ikan air tawar yang mempunyai bentuk bulat panjang seperti ular. Kebiasaannya spesis belut ini dijumpai di habitat paya, sawah, muara dan juga laut. Namun di negara kita belut banyak dijumpai di sawah-sawah padi dan juga paya. Pada musim kemarau, belut mampu hidup di dalam tanah atau lumpur dan boleh tahan pada suhu yang ekstrem. Memiliki dua alat pernafasan iaitu insang dan kulit yang nipis di bawah rongga mulut menjadikan belut spesis yang tahan lasak. Tergolong dalam kumpulan karnivor iaitu pemakan daging dan memiliki gigi yang halus serta runcing sesuai untuk golongan karnivor ini. Dari segi sistem pembiakan, belut merupakan sejenis haiwan hermafrodit protegyni di mana benih belut yang kecil adalah betina dan akan bertukar menjadi jantan pada usia 9 bulan. Secara umumnya belut dibahagikan kepada 52 spesis yang hidup di pelbagai perairan. Berikut adalah pengkelasan belut :
Kelas : Pieces
Subkelas : Teleostei
Order : Synbranchoidae
Famili : Synbranchide
Genus : Synbranchus
Spesis : Synbranchus bengalensis Mc Clell (belut rawa)
Monopterus albus Zuiew (belut sawah)
Macrotema caligans Cant (sidat/linang)